BERITA SEMASA

JPN Johor ucap takziah, bantu keluarga pelajar maut di hadapan sekolah

CYBERJAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Seri Maimon, Parit Sulong, Nur Aini Umairah Mohd Fareez yang terlibat dalam satu kemalangan maut di hadapan sekolah, hari ini.

JPN Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga Allahyarhamah serta memastikan aspek kebajikan dan kesejahteraan diberi perhatian.

“Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak berkuasa.

“Semoga roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan seluruh keluarga diberi kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi ujian berat ini,” kata JPN Johor dalam kenyataan tersebut.

Terdahulu, laporan media menyebut pelajar Tahun Dua berkenaan meninggal dunia dipercayai dilanggar sebuah van ketika pulang dari sekolah sektar pukul 12.40 tengah hari tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dipercayai baru selesai sesi persekolahan sebelum bergerak keluar dari pintu pagar.

Kejadian itu turut disaksikan beberapa ibu bapa murid lain yang kebetulan menunggu anak mereka pulang dari sekolah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button