BERITA SEMASA

Penunggang motosikal maut rempuh kereta keluar simpang

KEMAMAN – Seorang penunggang motosikal remaja lelaki maut selepas gagal mengelak sebuah kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang di Kilometer 154 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Cheneh, di sini semalam.

Mangsa, 17, Muhammad Adif Darwis Madzwan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dalam kejadian pukul 10.30 malam itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, remaja itu dikatakan dalam perjalanan ke Cheneh dari rumahnya di Kampung Pasir Minal di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang pekerja kedai perabot, 32, dikatakan tiba-tiba keluar dari persimpangan kiri jalan.

“Motosikal Yamaha Lagenda 115Z dinaiki mangsa gagal mengelak lalu merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya lagi, rempuhan berkenaan menyebabkan remaja itu terjatuh dari motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button