BERITA SEMASA

Pasangan suami isteri maut, kereta rempuh belakang treler

BATU PAHAT – Pasangan suami isteri warga emas meninggal dunia apabila kereta yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler dalam satu kejadian di persimpangan lampu isyarat Jalan Bindu, di sini, semalam.

Mazalan Belia, 69, dan isterinya, Radin Fauziah Radin Ahmad dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Kejadian pada pukul 9.25 pagi itu berlaku ketika pasangan tersebut dalam perjalanan dari Parit Raja ke Parit Abd Rahman untuk menziarahi keluarga Mazalan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram, Zulmazi Arifin berkata, seramai 12 anggota dan jentera bomba bergegas ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.33 pagi.

“Dua mangsa didapati terperangkap dalam kereta yang dinaikinya.

BACA : Pegawai Unit Pendakwaan JPJ maut kemalangan

“Operasi mengeluarkan mangsa segera dijalankan sebelum kedua-duanya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut,” kata Zulmazi dalam satu kenyataan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button