BERITA SEMASA

Kehadiran Trump mandat diplomasi ASEAN, bukan pengiktirafan

PUTRAJAYA – Kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur Oktober ini tidak harus ditafsir sebagai pengiktirafan terhadap beliau, sebaliknya mandat diplomasi yang dipikul Malaysia selaku Pengerusi ASEAN.

Sama-sama doakan keselamatan 34 aktivis Sumud Flotila negara – PM
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tengku Nashrul Abaidah berkata, Malaysia perlu memanfaatkan peluang ini demi kepentingan serta kemakmuran serantau kerana ia merupakan tanggungjawab yang diamanahkan negara-negara ASEAN.

“Menolak kedatangan Trump bukanlah jalan penyelesaian. Diplomasi menuntut kita menyuarakan kebenaran secara berdepan, bukan mengelak.

“Kehadirannya adalah sebahagian daripada mandat ASEAN, bukan soal pengiktirafan,” katanya dalam taklimat harian pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Beliau berkata, kunjungan itu sama sekali tidak menjejaskan pendirian negara dalam isu Palestin kerana Perdana Menteri sudah lama dikenali lantang mempertahankan keadilan buat Gaza di pentas antarabangsa.

“Ketegasan Perdana Menteri bukan sesuatu yang baharu. Beliau konsisten mengecam kekejaman Israel, termasuk ketika berhadapan dengan pemimpin Amerika sebelum ini,” ujarnya lagi.

Menurut beliau, Malaysia akan memastikan sidang kemuncak itu tidak hanya tertumpu pada isu geopolitik, tetapi juga merangkumi agenda memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan serta pelaburan strategik demi masa depan ASEAN sebagai kuasa ekonomi dunia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button