BERITA SEMASA

Proses bebas 18 tentera Kemboja dimulakan sebaik pengunduran senjata berat, pembersihan periuk api dilaksanakan di sempadan – Menteri Luar Thailand

KUALA LUMPUR – Proses bagi membebaskan baki 18 tahanan anggota tentera Kemboja akan dimulakan sebaik pengunduran senjata berat dan kerja-kerja pembersihan periuk api di kawasan sempadan dilaksanakan.

Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow berkata, Panglima Wilayah Angkatan Tentera kedua-dua negara sudah bertemu untuk membincangkan pengunduran senjata berat.

“Saya percaya sebaik sahaja pengunduran itu bermula, Thailand akan memulakan usaha membebaskan 18 askar yang ditahan.

“Kami perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan (ke atas mereka) terlebih dahulu dan Thailand mahu Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hadir untuk menyaksikan proses ini.

“Sebaik sahaja pengunduran senjata berat bermula dan kerja-kerja pembersihan periuk api dimulakan, kami juga akan memulakan proses pembebasan 18 askar yang ditahan itu,” katanya.

Phuangketkeow berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Damai antara Kemboja dan Thailand di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button