Anwar beri bayangan ‘Tiket MADANI’ untuk F1 Sepang
PORT DICKSON – Kerajaan sedang meneliti cadangan menyediakan tiket MADANI bagi perlumbaan Formula 1 (F1) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sebagai usaha memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menyaksikan acara permotoran bertaraf dunia itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan terhadap tiket MADANI F1 itu dibuat susulan permintaan orang ramai yang mahu menyaksikan perlumbaan berkenaan.
Beliau berkata, harga tiket yang ditawarkan ketika ini mengambil kira kadar antarabangsa dengan tiket paling murah berharga RM200.
“Orang sudah ramai membeli tiket. Tiket mahal sebab harga antarabangsa. Ada orang tanya, PM ada harga tiket Madani ke? Insha-Allah tetapi jauh sikitlah duduknya, jangan bayar harga tiket MADANI tetapi mahu duduk di barisan depan,” katanya memetik laporan RTM.
Beliau berkata demikian ketika program ramah mesra bersama Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Negeri Sembilan, di sini, hari ini.
Malaysia dijadual menjadi tuan rumah Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di SIC dari 2 hingga 4 Oktober ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








