BERITA SEMASA

Suzuki Motor berminat tambah pelaburan di Malaysia – PM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat dari Jepun, Suzuki Motor Corporation berminat untuk meningkatkan pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia.

Perdana Menteri berkata, berita positif itu disampaikan selepas menerima kunjungan hormat daripada Presiden Suzuki Motor Corporation, Toshihiro Suzuki hari ini.

“Dalam kunjungan itu, Toshihiro memaklumkan bahawa syarikat Suzuki akan meningkatkan pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di Malaysia termasuk kerjasama dengan rakan teknikal tempatan iaitu KMSB Motors Sdn. Bhd.

“Sayugia, keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan dalam laman Facebooknya.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Arham Abdul Rahman; dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KMSB Motors Sdn. Bhd., Ahmad Faez Yahaya,

Sementara itu, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.

Anwar berkata, dengan kerjasama ini, beliau berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button