POLITIK
PM hadiri PAU 2023 pagi esok
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, pagi esok.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Ahli Parlimen Tambun tersebut dijangka akan tiba sekitar pukul 8.30 pagi.
“Perdana Menteri akan datang esok. Saya dimaklumkan bahawa Perdana Menteri akan hadir esok.
“Kami akan bermula esok 8 pagi, jadi saya kira Perdana Menteri akan hadir 8.30 pagi,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Khas di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), sebentar tadi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








