BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

4,000 jawatan doktor kerajaan disediakan tahun ini – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan lebih 4,000 jawatan untuk doktor kerajaan, termasuk pegawai perubatan lantikan kontrak, akan disediakan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan mengambil maklum terhadap keperluan mendesak terhadap doktor dalam sektor penjagaan kesihatan.

“Terdapat kebimbangan mengenai beberapa jawatan yang penting untuk rakyat. Contohnya, kekurangan doktor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siaran langsung khas sempena pengumuman penghargaan kepada rakyat Malaysia menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial hari ini.

Bagi mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengesahkan seramai 4,352 doktor baharu, termasuk yang berstatus kontrak, akan diambil bekerja pada tahun ini.

Dalam pengumuman sama, Anwar turut memaklumkan inisiatif khas berupa pemberian bantuan tunai sekali bayar sebanyak RM100 akan diberikan kepada semua warganegara dewasa berusia 18 tahun ke atas.

Selain itu, rakyat Malaysia juga akan dapat menikmati harga RON95 yang lebih murah, iaitu RM1.99 seliter selepas penyasaran subsidi bahan api itu dilaksanakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button