“Ayah, Tolong!” – Kebakaran ragut lima beranak, PM sampaikan takziah
MELAKA – “Ayah, tolong!” Itulah jeritan terakhir sebelum saudara Khairuddin kehilangan isteri serta empat anaknya dalam kebakaran tragis di Kampung Berangan Enam, Umbai, awal pagi Khamis lalu.
Kesedihan yang menimpa keluarga itu mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang menghubungi Khairuddin bagi menyampaikan takziah dan kata-kata semangat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut menitipkan salam serta sokongan moral kepada mangsa yang masih terkesan dengan kehilangan besar itu.
Panggilan itu dibuat susulan Ziarah Kasih Madani, di mana Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, menziarahi Khairuddin di Bemban semalam bagi menzahirkan keprihatinan kerajaan.
Adam berkata, lawatan tersebut bertujuan memberikan sokongan moral kepada mangsa yang sedang melalui detik sukar.
“Saudara Khairuddin kehilangan isteri serta empat anak dalam kebakaran.
“Kami hadir untuk menzahirkan keprihatinan dan memberi sokongan moral dalam menghadapi ujian berat itu,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook semalam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















