POLITIK

Amir Sabri dipilih Senator baharu wakili Perak

IPOH – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Perak, Muhamad Hairul Amir Sabri, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara selepas memperoleh majoriti sokongan dalam pemilihan yang berlangsung pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Dalam pengundian tersebut, Amir Sabri yang merupakan calon Kerajaan Perpaduan memperoleh 33 undi daripada keseluruhan 59 kertas undi yang dikeluarkan.

Calon yang dicadangkan oleh pembangkang pula menerima 26 undi.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Amir Sabri dilantik sebagai Senator baharu mewakili Perak di Dewan Negara.

Pemilihan tersebut turut mencuri perhatian apabila abang kepada Amir Sabri, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi daripada PAS, Hafiz Sabri, dilaporkan mencadangkan nama calon lain dalam usul pemilihan berkenaan.

Bagaimanapun, Amir Sabri berjaya memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri sekali gus membolehkan beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Negara.

Beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan turut mengucapkan tahniah kepada Amir Sabri atas pelantikan tersebut dan berharap beliau dapat memainkan peranan berkesan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta negeri Perak di peringkat Persekutuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button