Pemilihan PKR: Nurul Izzah buat kejutan, tewaskan Rafizi dengan peroleh 9,803 undi
JOHOR BAHRU – Nurul Izzah Anwar membuat kejutan apabila berjaya memenangi pertarungan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dengan mengatasi Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Nurul Izzah yang sebelum ini merupakan Naib Presiden PKR memperoleh sebanyak 9,803 undi.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa sebentar tadi.
Dr Zaliha turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang tanpa bertanding untuk jawatan Presiden PKR.
Dalam pada itu, untuk perebutan empat slot jawatan Naib Presiden PKR, calon yang secara tiba-tiba mendapat perhatian pelbagai pihak iaitu Datuk Seri R. Ramanan berjaya mendapat undian kedua tertinggi di belakang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Dua tempat lagi diisi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun serta Menteri Sains dan Teknologi, Chang Lih Kang.
Bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memperoleh undian tertinggi dengan 4,811 undi manakala di tempat kedua pula disandang Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dengan 4,798 undi.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kekal sebagai Ketua Wanita PKR dengan memperoleh sebanyak 2,890 undi sekali gus mengatasi pencabarnya, Rodziah Ismail.
Timbalan Ketua Wanita PKR pula dimenangi Juwairiya Zulkifli yang memperoleh 2,760 undi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








