BERITA SEMASAPMX

Sabah terus melangkah maju di bawah Kerajaan MADANI – Anwar

KOTA KINABALU – Sabah terus mengorak langkah sebagai sebuah negeri yang lebih maju dan makmur di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI menerusi pelaksanaan dasar berteraskan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), pengurusan infrastruktur yang lebih berkesan serta pemerkasaan sektor-sektor teras ekonomi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara fokus utama kerajaan termasuk pembangunan sektor tenaga, pelancongan, pertanian moden dan ekonomi biru, di samping memastikan jaminan keselamatan serta kedaulatan negeri terus diperkukuh.

Sabah PMX
Salah satu poster yang dimuatnaik Perdana Menteri menunjukkan kejayaan Kerajaan MADANI untuk Sabah pada tahun 2025.

“Semua inisiatif ini dirancang dan dilaksanakan dengan semangat kebersamaan, ketelusan dan tanggungjawab agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat Negeri di Bawah Bayu secara saksama termasuk penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut menegaskan bahawa tekad kerajaan Persekutuan untuk memacu pembangunan Sabah akan diperkukuh selepas pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

Jelas beliau, agenda pembangunan itu akan dipercepat melalui pelaburan strategik, pengukuhan ekonomi inklusif, pemerkasaan infrastruktur asas serta penciptaan peluang pekerjaan berkualiti selari dengan potensi sebenar yang dimiliki Sabah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button