LUAR NEGARA

Bekas Menteri Agama Indonesia suspek rasuah kuota haji

JAKARTA – Bekas Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas dinamakan sebagai seorang suspek dalam kes dakwaan rasuah berkaitan kuota haji.

BERNAMA yang memetik laporan agensi ANTARA berkata, perkara itu disahkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, Fitroh Rohcahyanto, hari ini.

Fitroh bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai senarai suspek atau sama ada Yaqut satu-satunya individu yang terlibat dalam siasatan berkenaan.

Menurut ANTARA, KPK pada 29 Ogos 2025 telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan kes rasuah kuota haji itu.

Susulan siasatan awal, anggaran potensi kerugian negara adalah melebihi 1 trilion rupiah (1 juta rupiah = RM241.90).

Tiga individu turut dilarang ke luar negara bagi tempoh enam bulan akan datang, termasuk Yaqut.

Dua lagi individu ialah Ishfah Abidal Aziz, juga dikenali sebagai Gus Alex, bekas kakitangan khas di bawah Yaqut, dan Fuad Hasan Masyhur, pemilik agensi pelancongan haji Maktour.

Setakat 18 September tahun lepas, KPK mengenal pasti 13 persatuan dan 400 agensi pelancongan haji yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button