JENAYAH & MAHKAMAH

Pekerja taska disyaki kasari kanak-kanak direman 6 hari

KUANTAN – Seorang pekerja taska berusia 31 tahun direman enam hari kerana disyaki mengasari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan di sebuah taska di Bukit Setongkol, di sini.

Menurut Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob, perintah reman tersebut bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan.

“Reman diperoleh selama enam hari mulai 7 hingga 12 September ini dengan penahanan seorang wanita berusia 31 tahun,” katanya, hari ini.

Beliau menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki disyaki dikasari seorang wanita.

Rakaman video berkenaan memaparkan mangsa berusia dua tahun lapan bulan dimarahi, ditarik rambut dan digoncang kepala oleh seorang wanita yang juga kakitangan taska terbabit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button