BERITA SEMASAPOLITIK

DUN Kota Kemuning anjur iftar, sumbang RM49,500 kepada masjid, surau

KOTA KEMUNING – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning mengadakan Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan itu sebagai tanda sokongan kepada institusi keagamaan dalam memperkukuh perpaduan masyarakat.

Sebanyak RM49,500 disalurkan kepada 42 masjid dan surau di sekitar DUN Kota Kemuning bagi membantu aktiviti keagamaan serta penyelenggaraan kemudahan.

ADUN Kota Kemuning, Preakas Sampunathan berkata, program itu bukan sekadar berbuka puasa bersama tetapi satu usaha mempererat hubungan dalam komuniti tanpa mengira latar belakang.

“Kami di DUN Kota Kemuning buta kepada warna, tetapi mata kami melihat rakyat dengan jelas. Keutamaan kami adalah memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua golongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kemuning
Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning mengadakan Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan kepada masjid dan surau di kawasan itu

Menurutnya, masjid dan surau bukan sahaja pusat ibadah, tetapi juga tempat yang menyatukan masyarakat setempat.

Related Articles

“Dengan sokongan ini, kami berharap institusi ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk,” tambahnya.

Majlis turut dihadiri wakil masjid dan surau yang menerima sumbangan serta pemimpin masyarakat setempat.

Pejabat DUN Kota Kemuning menegaskan akan terus memperkukuh pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Apabila rakyat bersatu, kita semua maju,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button