JENAYAH & MAHKAMAH

Polis buru lelaki curi wang tabung masjid

KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki dipercayai mencuri wang tabung sebuah masjid di Tanjung Sepat, di sini, mengundang padah apabila dia kini menjadi buruan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada pukul pukul 4.22 pagi, kelmarin.

Menurut beliau, pengadu yang tiba di masjid berkenaan mendapati tabung yang diletakkan di beranda luar telah hilang sebelum pemeriksaan lanjut menemui tabung itu berada di dalam masjid dalam keadaan mempunyai kesan umpil.

“Hasil pemeriksaan mendapati wang di dalam tabung tersebut telah hilang dan dipercayai dicuri. Anggaran kerugian dianggarkan kira-kira RM1,000,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, polis turut mengesan satu video tular yang dipercayai memaparkan kejadian di lokasi sama.

Bagaimanapun, imej suspek dalam rakaman tersebut didapati telah dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-3187 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button