JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki disyaki lakukan perbuatan tidak senonoh di masjid ditahan kurang 24 jam

SEGAMAT – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang jemaah wanita di sebuah masjid di Bukit Siput, di sini kurang 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan.

Suspek yang berusia lingkungan 20-an diberkas pada pukul 3.15 pagi tadi di sebuah rumah di Pasir Gudang oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat hasil maklumat risikan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan adalah warga tempatan serta pemegang kad orang kelainan upaya (OKU).

Menurutnya, suspek bukan penduduk daerah Segamat dan dikenal pasti sebagai OKU pembelajaran.

“Siasatan mendapati sehari sebelum kejadian, suspek datang ke Segamat bersama ahli keluarganya untuk berbuka puasa.

“Pada keesokan harinya, sebelum pulang ke Johor Bahru, suspek dipercayai mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh di kawasan masjid berkenaan,” katanya memetik laporan Metro Online.

BACA JUGA:

Polis buru lelaki melucah dalam masjid

Beliau berkata, semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu bebas daripada pengaruh dadah.

Menurutnya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Polis memandang serius sebarang perlakuan tidak senonoh, lebih-lebih lagi jika berlaku di rumah ibadat, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian pada pukul 11.15 pagi kelmarin, seorang jemaah wanita berusia 40 tahun dilaporkan bertempiaran lari selepas melihat suspek berpakaian separuh bogel dan melakukan perbuatan tidak senonoh sambil memandang ke arahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button