JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki buat perbuatan jijik, tidak senonoh terhadap kucing ditahan polis

PASIR PUTEH – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai melakukan perbuatan jijik dan tidak senonoh terhadap seekor kucing di sebuah rumah, dekat sini selepas video kejadian tersebut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pagi tadi.

Katanya, semakan mendapati, lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau berkait kes dadah dan pecah rumah.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Pasir Puteh di sini untuk prosiding reman esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan semula video berkenaan bagi mengelakkan penyebaran kandungan tidak wajar dan tidak menjejaskan siasatan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 55 saat di media sosial memaparkan perbuatan jijik dan tidak senonoh yang dilakukan seorang lelaki terhadap seekor kucing yang menimbulkan rasa tidak senang hati warga maya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button