BERITA SEMASA

DD Petshop sumbang RM10,000 bantu kucing terbiar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memuji keprihatinan syarikat pengeluar Baju Raya Kucing DD Cat dan syarikat penjagaan haiwan, DD Petshop yang menyumbang RM10,000 kepada lima pusat penjagaan dan perlindungan kucing terbiar di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Ismail Sabri, sumbangan itu penting bagi membantu memastikan kehidupan haiwan-haiwan peliharaan yang terbiar, khususnya kucing dapat diberi perlindungan sewajarnya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) singgah ke gerai Baju Raya Kucing DD Cat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Katanya, langkah tersebut juga sewajarnya dicontohi kerana ia mampu menangani masalah kucing terbiar dan membendung kes penderaan haiwan.

“Sejak akhir-akhir ini kita banyak mendengar kes penderaan haiwan khususnya melibatkan kucing. Program seperti ini secara tidak langsung memupuk rasa cinta kepada haiwan.

“Justeru, saya berharap semua pihak tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan terbiar khususnya kucing,” kata Ahli Parlimen Bera itu kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan tersebutdalam majlis Giving Back To Cat-Munity di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Yang hadir sama, duta jenama Baju Raya Kucing DD Cat, Anna Jobling dan Pengarah Eksekutif DD Petshop, Zaharudin Abd Hamid.

Untuk rekod, jenama Baju Raya Kucing DD Cat ini telah dilancarkan pada 16 Mac 2023 yang lalu dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai tahun ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button