Hari Pekerja: Agong, Permaisuri titah kepentingan pekerja diberi perhatian
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menekankan kepentingan golongan pekerja di negara ini terus diberikan perhatian sempena Hari Pekerja yang disambut hari ini.
Titah baginda, golongan pekerja menjadi tulang belakang pembangunan negara justeru aspek kebajikan, perlindungan serta kesejahteraan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup semasa perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan penghargaan atas segala pengorbanan dan dedikasi yang ditunjukkan para pekerja dalam pelbagai sektor, sama ada di peringkat awam mahupun swasta.
“Peranan pekerja amat penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta memastikan kestabilan dan kemakmuran negara terus terpelihara, walaupun berdepan cabaran ekonomi yang semakin mencabar ketika ini,” titah baginda menerusi hantaran di Facebook.
Di samping itu, baginda turut menekankan kepentingan kebajikan pekerja agar sentiasa diberi perhatian termasuk aspek keselamatan, keseimbangan kehidupan dan peluang pembangunan kerjaya supaya mereka terus berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi.
Baginda juga mendoakan agar seluruh pekerja di negara ini sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam menjalankan tugas masing-masing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








