SUKAN

JDT gesa perbincangan bersama kelab, teliti cadangan atasi isu kewangan Liga Malaysia

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim FC (JDT), Luis Garcia mencadangkan agar satu sesi perbincangan melibatkan semua pasukan Liga Malaysia diadakan bagi meneliti cadangan penyelesaian isu kewangan yang dibangkitkan oleh Dr Johan Kamal.

Beliau berkata, cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC itu wajar diberi perhatian serius memandangkan cabaran kewangan yang terus menghimpit liga tempatan ketika ini.

“Saya tertarik dengan kenyataan Dr. Johan Kamal bahawa beliau mempunyai penyelesaian terhadap masalah kewangan dalam Liga Malaysia.

“Saya percaya kita wajar mengadakan sesi perbincangan ini bersama semua pasukan kerana kita perlu mengetahui apakah idea penyelesaian beliau,” katanya dalam satu kenyataan menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Menurut beliau, pengalaman luas Dr Johan dalam bola sepak tempatan dan antarabangsa dilihat mampu menyumbang kepada perbincangan yang lebih konstruktif dalam mencari jalan penyelesaian terbaik.

Dalam masa sama, Garcia berkata, beliau sendiri mempunyai pengalaman beraksi di peringkat tertinggi antarabangsa serta pernah bekerjasama dengan organisasi bertaraf dunia, sekali gus menjadikan sesi dialog tersebut penting untuk dikongsi bersama semua kelab.

“Saya berharap perbincangan bersama semua pasukan ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button