BERITA SEMASASUKAN

Piala Malaysia: JDT tundukkan Kuching City

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah tersendiri apabila muncul pasukan pertama merangkul empat kejuaraan Piala Malaysia berturut-turut selepas menumbangkan Kuching City 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan menempa satu lagi sejarah baharu apabila menjadi satu-satunya pasukan Liga Malaysia ‘quadruple’ buat empat musim berturut-turut.

Gol JDT dijaringkan oleh Marcos Guilherme pada minit ke-80 diikuti pemain sayap berbisa tempatan, Arif Aiman Hanapi pada minit ke-90.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button