
Selangor FC akan ambil tindakan seterusnya susulan dikenakan hukuman baharu oleh MFL
SHAH ALAM – Selangor FC mengambil maklum mengenai keputusan Malaysian Football League (MFL) tentang kes ketidakhadiran kelab itu ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu.
Menurutnya dalam satu kenyataan, pihaknya juga sedang meneliti mengenai keputusan itu.
“Untuk makluman, pihak kelab telah memohon penangguhan perlawanan tersebut selepas kes jenayah serangan asid terhadap Faisal Halim pada 5 Mei yang lalu, dan beberapa lagi insiden lain yang melibatkan pemain bola sepak tanah air, namun permohonan tersebut telah ditolak.
“Oleh itu, pihak kelab sedang meneliti dan mengkaji semua saluran yang bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya,” katanya hari ini.
Terdahulu MFL menjatuhkan empat hukuman tambahan yang disifatkan keras oleh peminat bola sepak.
Pihak MFL mengenakan denda sebanyak RM100,000 terhadap Selangor FC selain dikehendaki membayar pampasan atas kerugian yang ditanggung oleh pasukan tuan rumah JDT dan MFL.
Pada masa sama, MFL juga akan memotong tiga mata yang dikumpul oleh Selangor FC dan bermain tanpa kehadiran penyokong ketika menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








