BERITA SEMASA

Status ADUN didakwa muflis diketahui Isnin – MB Selangor

KUALA PILAH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka mengumumkan keputusan semakan berhubung dakwaan muflis yang membabitkan status seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Isnin depan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau sedang mendapatkan pandangan Penasihat Undang-Undang Negeri bagi mengesahkan dakwaan berkenaan sebelum sebarang tindakan diambil.

“Kami telah menerima maklumat mengenai perkara itu dan kini sedang berunding dengan Penasihat Undang-Undang Negeri.

“Speaker mungkin akan membuat pengumuman berhubung perkara ini semasa persidangan DUN yang dijadualkan berlangsung pada 3 Ogos,” katanya.

Amiruddin berkata demikian selepas menghadiri program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, di sini malam tadi.

Terdahulu, timbul spekulasi bahawa Selangor mungkin berdepan pilihan raya kecil (PRK) susulan dakwaan membabitkan kelayakan seorang ADUN, yang berpotensi menyebabkan kerusi berkenaan diisytiharkan kosong.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button