MCMC siasat kandungan Facebook Che GuBard disyaki hina institusi diraja Negeri Sembilan
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menjalankan siasatan berhubung kandungan yang dimuat naik menerusi akaun Facebook ‘Che GuBard’ yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.
Kandungan berkenaan telah menyentuh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta kerabat diraja negeri itu.
MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu yang dipercayai mengendalikan akaun berkenaan telah hadir ke Balai Polis Cyberjaya bagi membantu siasatan.
“Rakaman percakapan telah dijalankan bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]. Sebuah (1) unit telefon bimbit berserta satu (1) kad SIM juga telah disita,” menurut kenyataan itu.
Selain tu, pihaknya juga memandang serius sebarang penggunaan platform dalam talian yang boleh mencetuskan kebencian, penghinaan atau rasa tidak hormat terhadap institusi diraja.
“Kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab serta selaras dengan undang-undang negara,
“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan dan proses perundangan yang berkuat kuasa,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








