BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

DBKL beri jaminan kerjasama penuh siasatan SPRM

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan pihaknya memandang serius isu integriti, ketelusan serta tadbir urus susulan penahanan seorang pegawai kanan gred Jusa B oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif berkata, DBKL menghormati proses undang-undang dan komited memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

“DBKL berpegang teguh kepada prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam setiap urusan, sejajar dengan nilai perkhidmatan awam yang berteraskan amanah rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut laporan, pegawai kanan terbabit ditahan berhubung projek teknologi maklumat bersama dua lagi individu lain, masing-masing seorang pemilik syarikat dan seorang awam.

Difahamkan, pegawai berusia lingkungan 50-an itu ditahan sekitar jam 4 petang di pejabatnya di ibu negara, manakala dua individu lain iaitu lelaki dan wanita masing-masing berusia 40-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya serta Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.

Ketiga-tiga mereka disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah sejak 2014 dan kini dalam siasatan lanjut SPRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button