Program Let’s Hiking promosi Bukit Kumbang sebagai tarikan pelancongan
SEPANG– Program Let’s Hiking yang dianjurkan oleh Penggerak Belia Selangor Zon BBST Utara berlangsung dengan jayanya di Bukit Kumbang, di Hutan Hulu Langat, dekat sini.
Program bertujuan mempromosikan Bukit Kumbang atau dikenali juga sebagai Bukit DPP sebagai salah satu lokasi menarik untuk aktiviti mendaki, sekaligus menyokong tahun melawat Selangor 2025.
Menurut Pengerak Belia Selangor (PEBS) Zon BBST Utara, Siti Bunniah, program itu dilaksanakan dengan sokongan daripada ahli majlis dari pelbagai zon seperti Zon BBST Utara, Zon Desa Pinggiran Putra, Zon Labu, Zon Jenderam, Zon Sg Merab, Zon Desa Putra dan JPkk Labu.
Turut serta dalam program ini, Nur Zairina Muzaini, ahli majlis Zon 21 Kuala Langat dan masyarakat setempat dan pengunjung yang bersemangat untuk mencabar diri mereka dalam mendaki bukit tersebut.
Siti Bunniah berkata, Bukit Kumbang merupakan destinasi pelancongan mendaki yang menarik untuk dipromosikan sebagai lokasi riadah masyarakat setempat dan dari luar.
“Dengan keindahan alam semula jadi dan panorama yang menakjubkan dari puncak bukit, Bukit Kumbang mempunyai potensi untuk menjadi salah satu tempat yang wajib dikunjungi bagi penggemar aktiviti luar.
“Dengan adanya program seperti ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai orang mengunjungi dan menikmati keindahan alam sekitar Selangor, sekaligus menyokong kempen Tahun Melawat Selangor 2025,” tambahnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








