JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal hingga maut direman 4 hari

KLANG – Seorang lelaki direman selama empat hari selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan di bawah pengaruh dadah sehingga merempuh seorang penunggang motosikal dalam kejadian tragis di Jalan Raya Barat, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asistan Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, kejadian berlaku pada pukul 11.40 pagi membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.

“Siasatan awal mendapati, sebuah Honda City yang dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an itu bergerak secara melulu dari arah Jalan Raya Barat menuju ke bandar Klang.

“Suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu melanggar motosikal dari arah hadapan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Akibat pelanggaran itu, mangsa lelaki berusia sekitar 30-an tercampak sebelum terhempas ke atas sebuah Perodua Myvi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambah beliau, hasil ujian saringan mendapati suspek positif alkohol dan dadah.

“Suspek telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button