SPRM lanjut reman broker tanah tuntut RM3.8 juta guna dokumen palsu
SEREMBAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan melanjutkan tahanan reman seorang broker tanah berusia lingkungan 40-an bagi membantu siasatan kes penggunaan dokumen mengandungi butir matan palsu untuk mendapatkan wang hasil jualan tanah bernilai kira-kira RM3.8 juta.
Perintah reman selama tiga hari bermula 12 hingga 14 Ogos 2025 itu dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Jenayah 1, Seremban, pagi tadi selepas permohonan dibuat pihak SPRM.
Menurut sumber, suspek sebelum ini telah direman sejak 5 Ogos lalu.
“Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki menggunakan geran tanah di Mukim Lenggeng, daerah Seremban, atas nama individu lain bagi mendapatkan wang jualan tanah berkenaan,” katanya.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








