Polis mohon bantuan kesan waris mangsa kemalangan di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan waris seorang lelaki yang maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tuaran, berhampiran Taman Dah Yeh Villa, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Saiful Hisham, 37, yang mempunyai alamat terakhir di Taman Muhibah, Kota Kinabalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa dipercayai menunggang motosikal dari arah Karamunsing menuju ke Inanam sebelum hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan.
Akibat kemalangan itu, mangsa dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth II untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.31 pagi ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.
Sehubungan itu, polis memohon kerjasama orang ramai yang mengenali mangsa atau mempunyai maklumat mengenai warisnya supaya tampil membantu.
Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Royston Ubak menerusi talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membolehkan pihak polis menghubungi waris mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








