Sindiket dadah guna kondo mewah tumpas, RM12.88 juta dirampas
PETALING JAYA – Taktik dua sindiket dadah yang menjadikan kondominium mewah sebagai lokasi operasi terbongkar selepas pihak polis menyerbu dua unit kediaman di Cheras dan Batu Caves, dengan nilai rampasan mencecah RM12.88 juta.
Serbuan yang dijalankan pada 4 dan 9 Februari lalu itu menyaksikan tujuh individu termasuk seorang wanita diberkas.
Sindiket dipercayai menggunakan kediaman mewah bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan mengelak dikesan orang awam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, dalam serbuan pertama, dalang utama sindiket berjaya ditahan di tempat parkir sebuah kondominium di Taman Suntex, Cheras.
“Suspek kemudiannya membawa pasukan serbuan ke unit kediamannya dan hasil pemeriksaan menemui 40 ketulan mampat disyaki heroin base seberat 9.85 kilogram (kg).
“Turut dirampas adalah heroin, syabu, serbuk MDMA, ganja, pil yaba, cecair rokok elektronik (vape), pil ekstasi serta pil erimin 5 dengan jumlah keseluruhan 3.44kg,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Penahanan suspek membawa kepada penangkapan empat lagi individu termasuk seorang wanita yang berperanan sebagai ‘runner’ di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Siasatan mendapati sindiket dipercayai aktif sejak Oktober tahun lalu dan usaha memburu saki-baki anggota kumpulan masih giat dijalankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








