Pertengkaran isu cemburu, isteri maut ditikam suami 13 kali
KULIM – Pertengkaran dipercayai berpunca daripada isu cemburu dan masalah rumah tangga berakhir tragedi apabila seorang wanita maut selepas ditikam suaminya sebanyak 13 kali menggunakan pisau lipat di Taman Tiram, Hi-Tech, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, mangsa, S Sila, 39, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim kira-kira pukul 9.30 malam tadi.
Beliau berkata, suspek yang juga suami mangsa berusia 43 tahun hadir ke Balai Polis Lunas kira-kira jam 8.40 malam untuk menyerah diri sebelum ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kulim kira-kira jam 9 malam.
“Suspek menyerahkan sebilah pisau lipat berukuran kira-kira 20 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian dan dirampas sebagai barang kes.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran antara suspek dan mangsa berkaitan isu cemburu serta masalah rumah tangga,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, suspek mengaku melakukan serangan itu sebanyak 13 kali, membabitkan tujuh tikaman di dada, lima di perut dan satu di rusuk kanan.
Katanya, kejadian berlaku di dalam bilik tidur utama yang didiami pasangan itu bersama anak mereka yang berusia tiga tahun.
“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai darah pada cadar tilam, bantal, kepala katil serta beberapa barangan di atas katil.
“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah turut hadir ke lokasi dan memungut 11 sampel berkaitan kejadian,” katanya.
Menurutnya, selepas kejadian, suspek mandi sebelum mengambil anaknya daripada pengasuh kemudian menyerahkan anak itu kepada kakaknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru serta memaklumkan bahawa dia sudah menikam isterinya.
“Ujian air kencing suspek didapati negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau,” katanya.
Beliau berkata, hasil temu bual awal dengan j
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








