Kes tikam dua wanita, polis berjaya tahan suspek awal pagi tadi
PETALING JAYA – Pihak polis berjaya menahan suspek lelaki yang disyaki menikam dua wanita di surau sebuah sekolah rendah agama di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, suspek berusia 46 tahun itu ditahan di rumah kenalan di kawasan Kajang, pada kira-kira pukul 1.30 pagi.
“Berhubung kes tikam di tandas surau (Jumaat lepas), pihak polis telah berjaya menahan suspek dan akan direman pagi ini.
“Suspek akan direman di Mahkamah Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambah Shahrulnizam, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa telah keluar dari hospital.
Laporan media sebelum ini menyebut, serangan yang dilakukan pada tengah hari Jumaat mengakibatkan kedua-dua mangsa warga tempatan mengalami kecederaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



