Kes tikam leher rakan wanita kerana cemburu: Suspek dibawa ke mahkamah hari ini
ALOR SETAR – Suspek lelaki yang didakwa menikam leher rakan wanitanya di dalam sebuah kereta di hadapan restoran di Titi Gajah, Kepala Batas, tiba di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada pukul 8.36 pagi tadi.
Suspek berusia 32 tahun yang berpakaian kemeja-T dan berseluar panjang itu tiba dengan menaiki van polis sambil diiringi ketat anggota bertugas untuk menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pada pukul 9.19 malam itu, seorang wanita berusia 35 tahun cedera di leher dipercayai ditikam rakan lelaki di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Titi Gajah.
Bagaimanapun suspek yang melarikan diri akhirnya berjaya ditahan polis selepas empat jam kejadian berlaku dan pisau rambo yang digunakan ditemui keesokan hari di kawasan sawah berhampiran lokasi kejadian.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah dalam sidang media sebelum ini berkata, kejadian itu dipercayai bermotifkan cemburu atau cinta tidak berbalas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















