Polis terima tiga laporan berasingan libatkan gangguan wanita di pusat beli-belah
KUALA LUMPUR – Polis menerima tiga laporan berhubung kejadian gangguan terhadap pengunjung sebuah pusat beli-belah di ibu negara yang dipercayai dilakukan wanita sama yang sebelum ini didakwa mengasari dua kanak-kanak.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan berkenaan dibuat oleh pengurus bangunan pusat beli-belah itu pada pukul 7.59 malam semalam.
Menurutnya, ketiga-tiga kejadian dipercayai membabitkan wanita sama yang didakwa mengganggu pengunjung dan pelanggan di premis berkenaan.
Terdahulu, polis menerima laporan daripada seorang bapa yang mendakwa wanita itu menolak anak lelakinya berusia tujuh tahun sehingga terjatuh sebelum memukul belakang kepala anak perempuannya yang berusia dua tahun.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, polis memandang serius sebarang perbuatan kekerasan, ugutan dan gangguan terhadap orang awam, terutama apabila membabitkan keselamatan kanak-kanak.
Terdahulu, kejadian itu tular di media sosial menerusi rakaman video berdurasi 35 saat yang memaparkan pertengkaran antara beberapa individu di pusat beli-belah berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














