Ketua Pemuda UMNO curi tumpuan, hadir Muktamar Dewan Pemuda PAS
KUALA LUMPUR – Kehadiran Ketua Pemuda parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) serta Ketua Pemuda Pergerakan UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda PAS disifatkan sebagai perkembangan positif dalam usaha memperkukuh agenda penyatuan ummah.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di media sosial Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang menyatakan rasa bersemangat menyambut kehadiran rakan seperjuangan baharu dalam memperjuangkan agenda lebih besar untuk ummah.
“Ahlan wasahlan Ketua Pemuda rakan-rakan komponen PN serta turut bersama Ketua Pemuda Pergerakan UMNO ke Muktamar Dewan Pemuda PAS.
“Kita teruskan semangat penyatuan ini demi masa depan agama, bangsa dan negara,” menurutnya.

Terdahulu Dr Muhammad Akmal hadir bersama 25 lagi ahli Pemuda UMNO.
Kehadiran beliau diiringi Afnan Hamimi bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, kira-kira jam 8.30 pagi.
Muktamar Dewan Pemuda berlangsung dua hari bermula semalam, dengan majlis perasmian akan disempurnakan Tuan Ibrahim hari ini.
Selain Dewan Pemuda, Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Muslimat PAS turut dijadual berlangsung hari ini, masing-masing di Kota Bharu dan Bachok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







