BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis Johor siasat laporan vokalis dipukul kumpulan ‘Skihead’

JOHOR BAHRU – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung insiden membabitkan seorang penyanyi utama kumpulan muzik beraliran ‘skinhead’ dipukul dalam satu kejadian di sebuah pusat beli-belah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, siasatan dimulakan selepas pihak berkuasa mengesan rakaman video pergaduhan yang tular di media sosial, dipercayai berkaitan dengan insiden berkenaan.

“Setakat ini, tiada sebarang laporan rasmi diterima daripada mana-mana individu, termasuk saksi kejadian atau mangsa sendiri.

“Namun, siasatan tetap diteruskan berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada video tular tersebut,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang berkaitan rusuhan bersenjata serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai kejadian itu tular di media sosial, menunjukkan sekumpulan lelaki memukul mangsa dengan menggunakan tangan dan tong sampah besi.

Malaysia Tribune sebelum ini melaporkan vokalis kumpulan muzik tempatan Ampunk Sindicate mendakwa dipukul oleh sekumpulan individu yang dipercayai kumpulan skinhead ketika berada di sebuah lokasi awam di sini semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button