Kes penemuan rangka bayi: Lima termasuk remaja, ahli keluarga direman
ALOR GAJAH – Lima individu termasuk seorang remaja perempuan direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan rangka bayi yang ditanam di hadapan sebuah rumah di Kelemak, semalam.
Perintah reman sehingga Ahad itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Alor Gajah, Kamarul Aris Kamalluddin terhadap semua suspek berusia antara 16 hingga 40 tahun.
Kesemua mereka terdiri daripada remaja perempuan berkenaan, ibunya, kakak, adik lelaki serta kekasihnya, memetik laporan Kosmo! Online.
Perintah reman dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Semua suspek dilihat tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.45 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna ungu.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan rangka seorang bayi yang ditanam di hadapan laman sebuah rumah di Kelemak, sekali gus menggemparkan penduduk setempat.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar mengesahkan penahanan lima individu susulan penemuan tersebut.
Menurut sumber, bayi berkenaan dipercayai telah ditanam oleh ahli keluarga sendiri kira-kira empat bulan lalu.
Kejadian itu turut menarik perhatian apabila pasukan forensik polis menjalankan siasatan terperinci termasuk menggali semula lokasi bayi tersebut ditanam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













