JENAYAH & MAHKAMAH

SPRM tahan lagi suspek kes dokumen palsu tuntutan peralatan pembedahan

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lagi suspek lelaki yang disyaki bersubahat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan tuntutan pembekalan peralatan pembedahan bernilai kira-kira RM54,000.

Perintah reman selama dua hari sehingga Sabtu terhadap suspek berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Raub hari ini.

Menurut sumber, suspek yang juga penjawat awam di sebuah hospital di negeri ini ditahan kira-kira jam 10 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Raub.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki bersubahat dengan seorang lagi lelaki yang merupakan pengurus jualan sebuah syarikat pembekal barangan kesihatan yang telah ditahan sebelum ini.

“Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam mengemukakan dokumen palsu berkaitan pembekalan peralatan pembedahan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) daerah Lipis,” memetik Buletin TV3 online.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Selasa lalu, seorang pengurus jualan syarikat pembekal barangan kesihatan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes sama.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan pada 20 April lalu ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Raub.

“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan pada tahun 2025,” katanya lagi.

Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut pihak SPRM.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button