SPRM temukan senarai penguat kuasa disyaki terima rasuah daripada tonto
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai berjaya menemukan senarai nama penguat kuasa yang disyaki menerima rasuah daripada sindiket orang tengah bergelar tonto yang tumpas dalam serbuan terbaharu, semalam.
Difahamkan, senarai itu ditemukan hasil soal siasat ke atas beberapa suspek utama yang ditahan dalam Ops Middleman yang dijalankan di beberapa negeri sejak semalam.
Menurut sumber, siasatan mendapati penguat kuasa terbabit menerima rasuah bulanan antara RM1,600 ke RM2,500 daripada orang tengah syarikat atau pemilik kenderaan perdagangan supaya tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Saiful Ezral Arifin mengesahkan perkara itu dan menambah siasatan sedang dilaksanakan SPRM ketika ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







