BERITA SEMASADALAM NEGERI

Chegubard lancar ‘Ops Hiroshima’, dedah skandal penipuan perolehan ATM

MELAKA – Aktivis Pembela Tanah Air (PETA), Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin memberi bayangan akan mendedahkan lebih banyak maklumat berhubung dakwaan penipuan pembekalan dan perolehan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat.

Beliau berkata, satu operasi yang dinamakan ‘Ops Hiroshima’ dilancarkan bertujuan mendedahkan kontraktor-kontraktor yang didakwa terlibat dalam penipuan serta salah guna kuasa berkait perolehan dalam angkatan ketenteraan negara.

“Bersedialah kerana kami akan mendedahkan penyelewengan dalam pembekalan dan perolehan tentera yang penuh dengan penipuan,” katanya dalam satu sidang media dipetik Melakaupdate.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan bentuk pendedahan yang bakal dibuat, sebaliknya menegaskan maklumat berkenaan akan didedahkan secara berperingkat dalam tempoh terdekat.

Terdahulu, Chegubard sering tampil mengemukakan dakwaan berkaitan isu tadbir urus dan ketelusan, khususnya melibatkan kepentingan awam dan keselamatan negara

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button