JENAYAH & MAHKAMAH

Warga asing tiada lesen ditahan cuba sogok polis di Sungai Besi

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai cuba menyogok seorang pegawai polis ketika pemeriksaan di Jalan Suasa 6, berhampiran Sungai Besi, Cheras, awal pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan berhubung kejadian itu diterima pada jam 4.07 pagi selepas pegawai terlibat memaklumkan cubaan rasuah dilakukan ketika pemeriksaan sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek berusia 24 tahun itu gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah selain tidak memiliki lesen memandu kelas B2.

“Suspek dipercayai cuba memberikan wang sogokan kepada pegawai bertugas dengan tujuan mengelakkan tindakan undang-undang diambil terhadapnya.

“Bagaimanapun, suspek enggan mematuhi arahan dan amaran sebelum ditahan serta dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam saru kenyataan semalam.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan kerana cubaan memberi rasuah serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1969/63.

Mahkamah turut membenarkan permohonan reman terhadap suspek selama 14 hari, bermula hari ini hingga 15 Februari, bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button