CEO TH Plantations diarah cuti, CFO letak jawatan atas dakwaan bayaran lebih RM5 juta
KUALA LUMPUR – Dua pegawai kanan TH Plantations Berhad (THP) dikenakan tindakan susulan dakwaan berhubung pembayaran tidak sah berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Zainurin Mohamed Zain telah diberi surat tunjuk sebab dan diarahkan bercuti mulai tarikh surat berkenaan dikeluarkan sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
Perkara itu dimaklumkan oleh THP dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pegawai Kewangan syarikat itu, Marliyana Omar mengambil keputusan untuk meletak jawatan secara serta-merta.
“Syarikat akan meneruskan urusan perniagaan seperti biasa. Buat sementara waktu, tanggungjawab CEO akan dipangku oleh satu jawatankuasa sementara Lembaga Pengarah yang dikenali sebagai jawatankuasa eksekutif lembaga (Exco Lembaga) THP sehingga dimaklumkan kelak,” menurut kenyataan itu lagi.
Exco tersebut dianggotai oleh Pengerusi THP, Datuk Dr Ahmad Kushairi Din; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Kasmuri Sukardi; Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif, Nor Adila Ismail serta Ketua Pegawai Operasi, Alikamal Abu Hassan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















