PMX

Salah guna kuasa: ‘Ada tokoh-tokoh lama takut disiasat’ – PM Anwar

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan salah guna kuasa demi mengaut keuntungan harus dihentikan baik dalam kalangan anggota Kerajaan Perpaduan, mahupun pembangkang.

Menurut Perdana Menteri itu, ada dalam kalangan tokoh-tokoh lama yang takut untuk disiasat berhubung kes salah guna kuasa dan menegaskan harta rakyat yang sudah diambil harus dipulangkan.

“Saya tahu ada dalam kalangan tokoh lama itu dia kata “buat apa nak korek yang lama?’ bukan korek, tapi harta rakyat harus dipulangkan

“Tengok naratif yang lama-lama kalau tengok naratif itu kalau diteliti betul-betul.. dia takut kalau kita siasat. Kamu dah ambil pulang balik, bagi balik.

“Kita pertahankan Perlembagaan kita, tingkatkan makna bahasa, budaya, Islam membasmi kemiskinan, menjaga kerharmonian antara kaum, menghormati hak mereka dan yang paling utama hentikan amalan guna kuasa dan kedudukan untuk rompak harta rakyat ini yang patut ditekankan oleh parti kerajaan perpaduan dan pembangkang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan atau Bayangan?’ di Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM), di sini hari ini.

Yang hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil serta Pengerusi Yayasan Albukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button