JENAYAH & MAHKAMAH

Reman 6 hari: Faktor kesihatan Shamsul Iskandar jadi pertimbangan mahkamah

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Politik Menteri Kanan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin direman enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah.

Majistret Putrajaya, Fatin Muneerah Sofian, menetapkan tempoh reman bermula semalam selepas mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan serta mengambil kira keadaan kesihatan Shamsul Iskandar yang memerlukan rawatan jantung dan diabetes selain beberapa komplikasi kesihatan lain.

Albert Tei jerit di mahkamah, SPRM bawa dua individu termasuk Shamsul Iskandar untuk permohonan reman
Shamsul Iskandar

Peguam Yusmadi Yusof berkata, semua laporan perubatan anak guamnya telah dikemukakan kepada mahkamah untuk rujukan dan tempoh reman ditetapkan dengan mengambil kira kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan beliau.

“Shamsul sedang menerima rawatan perubatan dan semua laporan berkaitan telah diserahkan kepada mahkamah.

“Faktor kesihatan beliau menjadi pertimbangan utama ketika mahkamah membuat keputusan,” katanya kepada media selepas prosiding reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Yusmadi juga berkata, anak guamnya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dan berharap siasatan dapat diselesaikan segera secara profesional.

“Kami menghargai layanan baik SPRM terhadap Shamsul sepanjang proses reman ini.

“Kami juga menyeru keluarga, sahabat dan masyarakat untuk mendoakan beliau. Insya-Allah, kebenaran akan terserlah,” tambahnya lagi.

Shamsul kini direman sehingga 5 Disember 2025, manakala ahli perniagaan Albert Tei, yang ditahan bagi membantu siasatan sama, turut direman enam hari.

SPRM menahan kedua-dua individu ini di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button