BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Rasuah RM3 juta : Bekas setiausaha politik, isteri disiasat SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas setiausaha politik kepada bekas Ketua Menteri Melaka yang juga bekas Timbalan Exco kerajaan negeri bersama isterinya kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3 juta.

Menurut sumber, wang suapan itu dipercayai sebagai balasan membantu sebuah syarikat dilantik sebagai konsesi bagi projek penambakan laut di sekitar Melaka.

Kedua-dua suspek yang merupakan pasangan suami isteri itu ditahan kira-kira pukul 2 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bergelar Datuk Wira dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Februari hingga November 2021.

“Pasangan berkenaan juga disyaki menggunakan wang rasuah itu untuk membeli sebuah unit kondominium di sekitar Lembah Klang,” katanya di sini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi tujuan permohonan reman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button