BERITA SEMASA

TCS College sekali lagi buka tawaran biasiswa bagi golongan kurang berkemampuan

KUALA LUMPUR – Kolej Teknologi Sarawak (TCS College) dengan kerjasama SOCC Holdings Sdn Bhd (SOCC Holdings) sekali lagi membuka tawaran biasiswa kepada golongan yang kurang berkemampuan khususnya bagi anak Sabah dan Sarawak.

Pengarah Urusan Kumpulan SOCC Holdings, Amin Aznizan berkata, tawaran biasiswa itu buat kali kedua itu adalah selari dengan misi TCS Collage yang komited untuk membasmi kemiskinan menerusi pendidikan.

Menurut Amin, sebanyak 100 pelajar bagi kursus Asasi Perniagaan (Foundation in Business) dijangka akan menerima manfaat daripada pemberian biasiswa tersebut.

“Apa yang TCS lakukan dengan turun padang ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak dan bagi peluang kepada mereka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dengan memberikan mereka biasiswa.

“Ketika ini, hampir 50 peratus biasiswa sudah ditawarkan kepada pelajar yang terpilih dan bakinya akan diisi menerusi bebeapa siri jelajah memasuki TCS sepanjang tahun ini,” ujarnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SOCC Holdings, baru-baru ini.

Persembahan pelajar-pelajar TCS College pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri SOCC Holdings baru-baru ini.

Majlis yang bertemakan negeri Sarawak itu juga diserikan dengan pelbagai juadah serta persembahan daripada pelajar-pelajar TCS College sendiri.

Mengulas lanjut, Amin berkata, bagi mengurangkan beban kewangan pelajar,
TCS turut mengambil inisiatif dengan
membantu pelajar untuk membayar yuran pengajian.

Jelasnya, ianya sekali gus akan dapat membantu para pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran mereka serta mengekalkan kadar kelulusan yang tinggi di institusi pendidikan tinggi itu.

Selain itu, katanya, menerusi inisiatif itu juga, TCS akan melahirkan lebih ramai graduan dengan kemahiran serta keboleh pasaran yang tinggi dalam pasaran pekerjaan.

Sebagai rekod, TCS College adalah anak syarikat milik SOCC Holdings yang berpangkalan di Kuching, Sarawak dan telah beroperasi sejak tahun 2000.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button