Lebih 20,000 meriahkan majlis rumah terbuka TPM
PUTRAJAYA – Lebih 20,000 hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Lebaran Kasih Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, di sini, malam ini.
Orang ramai, para kenamaan, pemimpin politik dan perwakilan asing mula membanjiri pekarangan kediaman rasmi timbalan perdana menteri itu seawal pukul 6 petang.
Majlis diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kira-kira pukul 7.50 malam.

Dr. Ahmad Zahid yang ditemani isteri, Datin Seri Hamidah Khamis sebelum itu meluangkan masa bertemu kenalan, bergambar dengan para tetamu dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak dari pusat Jagaan Insan Al Rahmat Hikmah, Selangor.
Majlis dimeriahkan dengan persembahan pentas oleh beberapa artis tempatan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Fauziah Gambus, Junainah Amin, Hael Husaini, Nadeera Azmi dan ramai lagi.


| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








