BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Ubahsuai tangki lori, AKPS gagalkan cubaan seludup diesel

BUKIT KAYU HITAM – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 2,900 minyak diesel ke negara jiran gagal selepas sebuah lori jenis rigid kargo ditahan, malam tadi.

Dalam satu kenyataan, Ketua Bahagian Operasi Khas AKPS Bukit Kayu Hitam, Saiful Jeffery Razali berkata, kenderaan bernombor pendaftaran negara jiran itu dikesan kira-kira pukul 10 malam tadi.

Beliau berkta, kenderaaan itu dikesan ketika pegawai penguat kuasa AKPS bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa kenderaan asing yang memasuki Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

“Pemeriksaan lanjut mendapati lori tersebut telah diubah suai pada bahagian tangki simpanan bagi menyembunyikan minyak diesel. Modus operandi ini dipercayai bertujuan untuk mengaburi pihak berkuasa dan menyeludup minyak diesel ke Thailand,” katanya.

Menurut beliau, nilai minyak diesel tersebut sebanyak RM8,352, manakala lori dianggarkan RM60,000 menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM68,352.

Katanya, diesel berkenaan dirampas manakala lori tersebut turut disita bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6, Akta Petroleum (Jualan dan Pembekalan) 1987 dan Seksyen 64(1) akta sama.

“Maklumat lanjut berkaitan individu, ejen atau syarikat terlibat masih dalam siasatan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba memperdaya agensi penguat kuasa melalui pengubahsuaian kenderaan bagi tujuan penyeludupan,” katanya.

Tegas Saiful Jeffrey, AKPS akan terus memperkukuh kawalan dan penguatkuasaan di sempadan negara bagi menjamin keselamatan, kedaulatan serta kepentingan ekonomi Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button